BruneiAstronomy
Astronomy & Falak Syarie in Brunei Darussalam

Bengkel Penggunaan Peralatan Falak Tradisional Rubu‘ Mujayyab

هُوَ ٱلَّذِی جَعَلَ ٱلشَّمۡسَ ضِیَاۤءࣰ وَٱلۡقَمَرَ نُورࣰا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعۡلَمُوا۟ عَدَدَ ٱلسِّنِینَ وَٱلۡحِسَابَۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَ ٰ⁠لِكَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ یُفَصِّلُ ٱلۡـَٔایَـٰتِ لِقَوۡمࣲ یَعۡلَمُونَ

Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan Dialah yang menetapkan bagi kedua-dua manazil (tempat-tempat perjalanan dan peredaran) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan Kiraan masa. tidaklah Allah menciptakan yang demikian itu melainkan dengan haq (ada hikmah dan faedah). Dia menjelaskan satu persatu tanda-tanda kebesaranNya bagi kaum yang mengetahui (Surah Yunus ayat 5)


֍ Pendahuluan

Sejarah Penggunaan rubu’ di percayai bermula sebelum kurun ke-8 masihi. Al-Khawarizmi (770 – 840) merupakan antara orang yang memanfaatkan alat ini dalam hitungan waktu solat. Antara kitabnya ialah Kitab at-Tarikh dan Kitab Surat al-Ard. Abu Raihan al-Biruni (973-1048) turut mempopularkan Rubu’ Mujayyab pada zamannya untuk mengukur ardul balad dan thul balad.

Atas: Alatan Tradisional Falak Rubu’ Mujayyab

Apakah dia Rubu’ Mujayyab? Dari sudut bahasa, rubu‘ bermaksud seperempat. Jayb bermaksud kocek baju, poket atau saku. Al-Biruni mentakrifkan jayb sebagai sine. Dalam bahasa Inggeris, rubu‘ mujayyab disebut sebagai quadrant manakala dalam bahasa Melayu, disebut sebagai kuadran. Selain itu, rubu‘ mujayyab juga disebut sebagai sukuan sinus (rujukan Nurul Huda Ahmad Zaki; Mohd Zambri Zainuddin; Abdul Karim Ali; Raihana Abdul Wahab; Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi; Muhammaddin Abdul Niri; Khadijah Ismail. The Determination of Subuh Prayer Time by using Rubu‘ Mujayyab in Malaysia. 2014).

Dari sudut istilah pula, rubu‘ mujayyab ditakrifkan sebagai sejenis alat tradisional falak (astronomi) yang dicipta khusus untuk pengukuran sudut dan waktu. Antara takrifan oleh ahli-ahli falak adalah:

  • Ibn Syatir (1306-1375): Rubu‘ mujayyab sebagai alat yang diperbuat sama ada daripada tembaga atau kayu untuk tujuan pengukuran waktu. Pada rubu‘ mujayyab terciptanya bola langit serta pada alat ini terdapat tujuh belas garisan yang dapat diketahui waktu-waktu. Rubu‘ mujayyab yang sempurna digunakan untuk menentukan waktu-waktu dalam Islam iaitu waktu solat, arah kiblat dan awal bulan Islam.
  • Susiknan: Rubu‘ mujayyab (2005) ialah alat untuk menghitung fungsi goniometris yang sangat berguna untuk memprojeksikan peredaran benda langit pada lingkaran vertical. Selain itu, rubu‘ mujayyab juga merupakan sejenis alat penting yang digunakan dalam ‘ilm al-miqat untuk hitungan waktu solat, arah kiblat dan hitungan awal bulan Islam.
  • Baharrudin Zainal: Rubu‘ mujayyab sebagai peralatan berbentuk sukuan yang digunakan untuk menghitung fungsi trigonometri dan mengukur sudut. Alat ini merupakan sebahagian daripada astrolab.

Apakah fungsi Rubu’ Mujayyab? Berdasarkan takrifan-takrifan yang diberikan di atas, dapat dirumuskan bahawa dari sudut bahasa, rubu‘ mujayyab ialah seperempat bulatan. Manakala dari sudut istilah, rubu‘ mujayyab merupakan sejenis peralatan astronomi yang digunakan dalam sesuatu hitungan khususnya waktu solat, arah kiblat dan awal bulan Islam.

Cabaran Alatan Falak Tradisional Sekarang, Rubu’ Mujayyab merupakan alatan tradisional yang hampir pupus disebabkan transformasi peralatan berteknologi dengan pengukuran dan pengiraan moden dan berkomputer. Oleh itu, usaha untuk memahami kepentingan rubu’ mujayyab dan menghargai manfaat alatan tersebut wajar dipertingkatkan agar warisan kehebatan alatan falak ini tidak hilang dan dilupakan oleh generasi sekarang֎

الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ

Matahari dan Bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
(Surah Ar-Rahman ayat 5)

📌 Bengkel Penggunaan Peralatan Falak Tradisional Rubu‘ Mujayyab
📅 Hari Khamis hingga Sabtu
📆 25 hingga 27 November 2021 bersamaan 20 hingga 22 Rabiulakhir 1443H
🕢 7.45 malam – 10.30 malam
💻 Secara Dalam Talian melalui Zoom Online


👨‍🏫 Pemudahcara oleh Yang Mulia Ustaz Anuar bin Arifin, Pengiat Instrumen Rubu‘ Mujayyab, Pejabat Agama Daerah Butterworth Pulau Pinang, Malaysia

💲 Penyertaan Percuma! Jumlah penyertaan adalah terhad.
🗨 Terbuka kepada orang awam, pelajar sekolah & agensi kerajaan khususnya yang berminat dalam bidang falak syarie

🌐 Laman Web Bengkel: bruneiastronomy.org/rubumujayyab

📑 Borang Pendaftaran: https://forms.gle/cK4id6nphU4P4V396



֍ Objektif Program

Adapun objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari aplikasi instrumen falak tradisional khususnya Rubu’ Mujayyab dalam usaha melestari keunggulan ilmu dan khazanah Islam. Di samping itu, ia adalah bagi memajukan dan memantapkan bidang astronomi terutamanya astronomi Islam (falak syarie) di Negara Brunei Darussalam֎


֍ Kandungan Bengkel

Kursus itu bertujuan bagi memberi pendedahan asas secara teori dan latihan praktikal menggunakan instrumen Rubu’ Mujayyab. Untuk memantapkan kefahaman peserta, kerja-kerja latihan praktikal kendiri untuk dilakukan pada siang hari juga akan diberikan. Bengkel mengandungi topik-topik yang menarik seperti berikut:

  1. Pengenalan Alatan Falak Tradisional
  2. Kaedah Mendapatkan Waktu (Jam) dengan menggunakan Rubu’ Mujayyab
  3. Penyelesaian Hitungan Trigonometri
  4. Mengukur Saat Matahari Tegak Di Atas Kepala
  5. Mengetahui Latitud & Longitud Negeri
  6. Menghitung Waktu Solat
  7. Menghitung Arah Kiblat

Bagi peserta yang tiada terdapat rubu’ mujayyab, peralatan ini boleh dihasilkan sendiri (DIY) dengan mencetak rubu’ mujayyab (templat akan disediakan) pada kertas yang tebal serta diikat benang bersama pemberat pada rubu’ sebelum kursus֎


֍ Biodata Pemudahcara

Atas: Ustaz Anuar bin Arifin, Penggiat Instrumen Rubu‘ Mujayyab

Ustaz Anuar bin Ariffin pernah bertugas di Bahagian Falak Jabatan Mufti Pulau Pinang selama 10 tahun. Sekarang beliau ditugaskan di Pejabat Agama Daerah Butterworth Pulau Pinang.

Beliau telah mendapatkan pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia dan merupakan pemegang Sijil Falak KUSZA tahun 2006. Beliau didapati sangat aktif mengajar kursus-kursus falak atas jemputan di kolej-kolej, sekolah-sekolah dan masjid-masjid di seluruh Malaysia֎


֍ Pendaftaran

Sila imbas Kod QR bagi Pendaftaran

Bengkel adalah dibukakan kepada orang awam khususnya yang berminat dalam bidang falak syarie serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan falak/astronomi dan para pelajar sekolah. Penyertaan adalah percuma dan jumlah peserta adalah terhad֎

Sila daftar bagi penyertaan mengikuti bengkel melalui pautan: https://forms.gle/cK4id6nphU4P4V396

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada Jumaat, 19 November 2021.

Setelah pendaftaran, jika penyertaan awda berjaya diterima, e-mel daripada pihak penganjur mengenai maklumat bengkel bagi pautan (link) Zoom dan arahan selanjutnya akan dihantar sebelum bengkel bermula.


֍ Detik Majlis Perasmian Penutup Bengkel


֍ Program Bengkel


֍ Hubungi Kami

Urusetia & Pendaftaran Peserta:

▪ Nur Bazilah binti Zainal Abidin (Exco PABD)
📧 nurbazilah@bruneiastronomy.org

▪ Hamzah bin Awang Haji Jali (PABD)
📧 hamzah@bruneiastronomy.org | 📱

Setiausaha:

▪ Pengiran Shahdani bin Pengiran Anom (Timbalan Setiausaha I PABD)
📧 shahdani@bruneiastronomy.org | 📱


֍ Bahan-Bahan Bengkel

a. Pautan (Link) ZoomDimaklumkan melalui e-mel peserta
b. Background Bengkel untuk ZoomMuat turun (Wide HD Cam- Recommended)
c. Nota Rujukan Bengkel & Slaid BengkelMuat Turun (Kemaskini)
Muat turun*
d. Templat Rubu’ Mujayyab
(Untuk dicetak oleh peserta sebelum bengkel bagi yang tiada memiliki alatan Rubu’)
Muat turun (pdf ~10MB, Cetak pada saiz kertas A4 & ditempel ke kertas tebal/styrofoam/kadbod)
Ikuti arahan bagi menghasilkan sendiri Rubu’ Mujayyab (Youtube Video)
e. Untuk hari kedua bengkel, dipohonkan peserta menyediakan:
▪️Benang untuk dijadikan muri
▪️Pembaris 30cm yang jernih
▪️Kalkulator saintifik
f. Borang Penilaian BengkelUntuk diisi oleh peserta*
g. Poster Bengkel (pdf)Muat turun
Poster 1 – 18 Nov 2021
h. Borang pendaftaran bengkel Maaf kuota penertaan telah penuh
* Pautan akan diaktifkan semasa bengkel
Backdrop Bengkel bagi Background Zoom
Video cara-cara menghasilkan sendiri Ruju’ Mujayyab.

֍ Teks Ucapan Majlis Perasmian Bengkel oleh Pemangku Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah


֍ Siaran Media


֍ Galeri Foto & Video Bengkel

📸 Hari Pertama Bengkel (25 November 2021)

֍ Video Majlis Perasmian Bengkel oleh Pemangku Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri (Klik Sini)

📸 Hari Kedua Bengkel

📸 Hari Ketiga Bengkel

֍ Video Majlis Perasmian Penutup Bengkel oleh Yang Dipertua Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (Klik Sini)


֍ Senarai Peserta Bengkel

Nama PesertaOrganisasi
1Abbi'Abrara'Salsabila Binti Haji ZainiSM Sufri Bolkiah Tutong
2Abdul Hafiz Bin AsbolBalai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
3Abdul Hakim Bin BakarPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
4Abdul Waliyuddin YahyaPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
5Afiqah Nabilah Binti AhmadPoliteknik Brunei
6Ahmad Hariz Bin BelyAstronomi UniSZA
7Amalina Binti Awang Haji JunggalBalai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
8Andi Muh. Akhyar, M.Sc.School of Indonesian Islamic Astronomy
9Asiah Binti HusainPersendirian
10Awang Abdul Aziz Bin Haji AbdullahPegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Ugama
11Awang Hayatuddin Bin Haji MoksinUniversiti Islam Sultan Sharif Ali
12Awang Mohd Shah Bin Hj TaipHakim Mahkamah Rendah Syariah
13Awang Muhaimin Bin Awang Hj DamitPegawai Ugama, Jabatan Kehakiman Negara
14Awg Amalularifin Bin JunihBalai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
15Awgku Mohammad Faiz Fakhri Bin Pengiran Zainal Abidin Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
16Azman Bin Hj KassimKolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
17Dk Kemariah Pg Hj DuramanPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
18Dr Hj Mohammed Hussain Bin Pehin Penyurat Hj AhmadPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam / BKISHHB
19Dr Sairin SallehPersatuan Ahli Falak Negeri Selangor
20Exzayrani Awang SulaimanUniversiti Brunei Darussalam
21Farah Laila Nabilah Abdullah ChiaPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
22Farihah Amali JunaidiPPI
23Farzana Binti AzmanMahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali
24Fatin Izzati Binti HilmiPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
25Hajah Nur Farhanah Binti Haji SulaiheUniversiti Islam Sultan Sharif Ali
26Hajah Siti Khadijah Mariah Binti Haji Abu Samah ShukriPersendirian
27Haji Amynoor Bin Haji Md YaakubJabatan Hal Ehwal Ugama
28Haji Eddy Sumardi Bin Haji JubleeMahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
29Haji Hairulazmi Bin AbdullahPegawai Ilmu, Jabatan Mufti Kerajaan
30Haji Mahadi Bin Haji Mohd TahirPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
31Haji Md Syahiran Bin Hj Md SofianKolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
32Haji Mohammad Faez Bin Haji JainiMahasiswa UTB
33Haji Mohammad Sahrulazmi TengahKementerian Pendidikan
34Haji Muhamad Syasuandi Bin Haji Abu BakarPersendirian
35Haji Muhammad Ruzaini Bin Haji Mohd DaudBalai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
36Hamzah Bin Awang Haji JaliUniversiti Islam Sultan Sharif Ali / PABD
37Hazarry Bin Haji Ali AhmadPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
38Hj Khairul Abidin Bin Hj SulaimanJabatan Ukur
39Hj Mohammad Eddy Iswardi Bin Haji BangokJabatan Ukur
40Hj Mohd Azri IbrahimPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
41Hjh Salwa Dato Hj MahalleUniversiti Brunei Darussalam
42Ibnor Azli IbrahimUniversiti Islam Sultan Sharif Ali
43Irman Bin DaudPersendirian
44Jamri JaafarPersendirian
45Loo Kuan LookPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
46Maizatul Akhmam Binti RamliMa'had Islam Brunei
47Mb Mazalan Bin ZainiJabatan Pertanian
48Mohamad Anuar bin Alias
49Mohamad Hamdini Bin Haji Abdul KadirPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
50Mohamad Khairul Harith Bin HamidoonMahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri
51Mohamad Nur Raziqqien Bin Abu BakarSekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah
52Mohamad Salleh Bin HasbiPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
53Mohammad Fadzil Bin Haji Mohd IzzuddinPasukan Polis Diraja Brunei
54Mohammad Husaini Bin Ali HassanPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
55Mohd Aminul Izzat Bin Mohd AsriLianfeng investment sdn bhd
56Mohd Shahrulnizam Md SaadPersendirian
57Mohd Zul Shafie Mohd SofianSM Sayyidina Othman
58Muhamad Basthami Bin AbdullahMAAHAD SAINS TOK GURU, KELANTAN
59Muhammad Akbarul HumamProgram Studi Ilmu Falak UIN Sunan Ampel Surabaya
60Muhammad Arif Bin Kassim Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
61Muhammad Azhar Bin AffandiPoliteknik Brunei
62Muhammad Haziman Bin OthmanUniversiti Islam Sultan Sharif Ali
63Muhammad Hidayatullah Bin Awang AhmadPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
64Muhammad Khairul Rafi’uddin Bin Haji Omar Ali Ra’aiePersendirian
65Muhammad Saufi Bin Haji Muhammad HasrinInstitute of Brunei Technical Education (IBTE)
66Muhammad Taufiq Bin HamdaniUniversiti Teknologi Brunei
67Muhammad Zainul Hamdi Haji AlladinKolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
68Muhd Najib Akmal Bin Haji Abd RahmanPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
69Najla Syazwana Binti Haji Muhammad SallehPoliteknik Brunei
70Najwa Hayati Binti Haji IsmailPersendirian
71Noorilham Bin Mohamad TahirPersendirian
72Norimah Binti Haji Abdul KarimUniversiti Teknologi Brunei
73Norjinah MahmudPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
74Normaziah Binti AsparPoliteknik Brunei
75Norshanita Erni Hj TaripSekolah Sukan Negara Brunei Darussalam
76Nur Aqilah Basirah Binti Mohammad AriffinPoliteknik Brunei
77Nur Bazilah Binti Zainal AbidinPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
78Nur Farzana Binti Omar AliMindWell
79Nur Iffah Farwizah Binti Anuar Persendirian
80Nurul Efazilla Binti KafliPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
81Nurul Mum'tazahtul Ain Binti Haji IdrisPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
82Nuryanie Binti Mohd SallihUniversiti Brunei Darussalam
83Nuur Rafhannah Binti Muhammad KamreeInstitute of Brunei Technical Education (IBTE)
84Pengiran Haji Zamiri Bin Pengiran Haji JamaludinPegawai Ilmu, Jabatan Mufti Kerajaan
85Pengiran Mohammad Wafi Bin Pengiran Haji Abdul Rahim Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
86Pengiran Muhammad Fauzisalihin Bin Pengiran SallehBalai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
87Pg Dr. Khairul Rijal Bin Pg Haji Abdul RahimUniversiti Brunei Darussalam
88Pg Shahdani Bin Pg AnomPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam
89Rosmainy Bin OmarAhli Persatuan Falak Negeri Selangor
90Shaifulbahri Bin Haji AhmadJabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama
91Siti Aisah Binti Haji DuraimUniversiti Islam Sultan Sharif Ali
92Siti Khadizah Hj AbdullahMaktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan
93Siti Nor Anis Nadiah Binti Haji MohamadUniversiti Islam Sultan Sharif Ali
94Tiffany Chong Zhi FengInstitute of Brunei Technical Education (IBTE)
95Ustaz Mohammad Fazalley Hj HidupUniversiti Teknologi Brunei
(kemaskini 25 Nov 2021, jam 5.30 ptg)

֍ Anjuran Bersama

Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD)

pabd@bruneiastronomy.org
Web: www.bruneiastronomy.org
Facebook: @bruneiastronomy
Instagram: @bruneiastronomy
Telegram: t.me/bruneiastronomy

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri

Simpang 26, Jalan Pengiran Babu Raja
Bandar Seri Begawan BA2112
Negara Brunei Darussalam


֍ Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja

Pengerusi Bersama:
YM Hj Mahadi bin Hj Mohd Tahir (Yang Dipertua PABD)
YM Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad (Pemangku Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri)

Timbalan Pengerusi:
YM Ustaz Hj Abd Aziz bin Hj Akop (Naib Yang Dipertua PABD)

Setiausaha Bersama:
YM Hazarry bin Haji Ali Ahmad (Setiausaha Agong PABD)
YM Pengiran Shahdani bin Pengiran Anom (Timbalan Setiausaha I PABD)

Bendahari:
YM Ustaz Saifulbahri bin Haji Ahmad (Bendahari Agong PABD)

Pengawas Am:
YM Husaini bin Ali Hassan (Exco PABD)
YM Loo Kuan Look (Exco PABD)
YM Muhammad Hidayatullah Bin Awang Ahmad (PABD)

Urusetia & Pendaftaran Peserta:
YM Nur Bazilah binti Zainal Abidin (Exco PABD)
YM Hamzah bin Awang Haji Jali (PABD)

Jemputan: 
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah

e-Sijil Penyertaan:
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Promosi & Publisiti:
YM Mohd Aminul Izzat bin Mohd Asri (PABD)
YM Muhd Najib Akmal bin Hj Abd Rahman (PABD)
YM Dyg Na’emah binti Haji Janidi (PABD)

Juruacara Majlis:
YM Farah Laila Nabilah Abdullah Chia (Exco PABD)