|
Peredaran
matahari dan bulan di langit telahpun dijadikan sebagai pengukur masa seperti
bermulanya sesuatu aktiviti, waktu sembahyang fardhu dan lain-lain.
Bumi akan berputar di atas paksinya dan menyebabkan fenomena terbit dan
terbenam. Semua jasad samawi, bintang dan planet akan kelihatan di langit
sewaktu di atas ufuk bermula dari timur dan kemudian akan berada tinggi di langit dan
akan hilang di ufuk barat. Fenomena yang ketara ialah terbit dan terbenamnya
matahari dan bulan.
Masukkan maklumat ke dalam kotak di bawah ini. Klik "Mula Kiraan" untuk mendapatkan Jadual Waktu
(Lokasi asal adalah bagi BSB, Negara Brunei Darussalam ):
|
Peringatan:
Kiraan
boleh diguna untuk 50 tahun ke depan atau belakang dari tahun 2000.
Ralat
tahun lompat tidak di semak.
|
Penerangan:
Di
bawah ruangan matahari dan bulan:
Tbt
bererti terbit,
Tnm
bererti terbenam (ghurub).
TwiSivil
bererti Twilight Sivil,
TwiNauti
bererti Twilight Nautika,
TwiAstro
bererti Twilight Astronomi.
Di
bawah ruangan TwiSivil, TwiNauti & TwiAstro:
m
bererti bermulanya peringkat twilight,
a
bererti berakhirnya peringkat twilight.
Berikut adalah
definisi:
Matahari
terbit & terbenam (ghurub): Adalah waktu apabila bahagian sudut atas
matahari berada di atas garisan ufuk ketara yang tidak terhalang. Ketika
matahari terbit adalah waktu syuruk, manakala sewaktu matahari terbenam
adalah bermulanya waktu maghrib. 28 minit selepas syuruk adalah waktu
dhoha.
Bulan
terbit & terbenam: Sama seperti istilah di atas, tetapi adakala
bulan tidak akan terbit atau terbenam dalam satu jangka masa bergantung
kepada tempat. Dalam jangka masa 24 jam, bulan akan terbit atau terbenam
bila-bila masa dan adakala bulan dapat dilihat pada siang hari, dan
adakalanya malam tidak berbulan.
Twilight:
Sebelum matahari terbit dan sekali lagi sesudah matahari terbenam ada beberapa
peringkat masa dipanggil twilight atau dalam lebih dikenali sebagai
fajar-pagi atau fajar-senja. Ketika twilight, sesuatu tempat tidak akan menerima cahaya matahari
secara langsung, akan tetapi cahaya terang yang semulajadi terjadi kerana
cahaya matahari berselerakan dan dipantul oleh atmosfera bahagian atas bumi. Kekuatan
cahaya yang diterima pada sesuatu tempat bergantung besar kepada keadaan
cuaca dan kepekatan atom dan molekul gas serta zarah lain di atmosfera. Walaupun
begitu,
had serta peringkat waktu twilight boleh dianggarkan dengan mengambil kira posisi
matahari di bawah ufuk tempatan. Berikut adalah definisi twilight:
Twilight
Sivil (Civil twilight): Bermula pada awal pagi dan berakhir pada
petangnya iaitu apabila pusat matahari berada 6°
di bawah ufuk. Ini adalah had kemampuan cahaya di mana ufuk dan bintang
yang terang masih boleh dilihat dengan jelas. Langit akan kelihatan
berwarna merah.
Twilight
Nautika (Nautical twilight): Bermula pada awal pagi dan berakhir pada
petangnya iaitu apabila pusat matahari berada 12°
di bawah ufuk. Pada awal dan berakhirnya twilight nautika, garisan
menunjukkan rupa bentuk kawasan sekeliling mungkin masih dapat dibezakan
manakala ufuk tidak jelas kelihatan.
Twilight
Astronomi (Astronomical twilight): Bermula pada awal pagi dan berakhir pada
petangnya iaitu apabila pusat matahari berada 18°
di bawah ufuk. Pada awal dan berakhirnya twilight astronomi, keadaan
langit begitu gelap dan secara praktical, keadaan sekeliling tidak jelas
kelihatan sama sekali. Tanpa adanya ganguan cahaya matahari, saat ini,
pencerapan objek samawi adalah sesuai untuk dilakukan. Berakhirnya
peringkat twilight astronomi secara fisikalnya apabila fajar-senja mega
merah akan hilang menandakan bermulanya waktu Isya. Waktu subuh sudah
bermula beberapa minit sebelum bermulanya twilight astronomi.
Halaman
ini menggunakan algorithm yang diimplementasikan daripada Montenbruck and Pfleger sunrise /
moonrise / twilight dalam JavaScript. Halaman
ini telah dicuba dengan Netscape 4.7x, Netscape 6.2, MS Internet Explorer 6
and Opera 7.
|